Dikala aku senang aku lupa kesusahan yang bakal melanda di masa akan datang. Sewaktu ada kesenangan segala duit yang ada akan ku lanja kan untuk membeli perkara yang tidak berfaedah. Entah mana silapnya padahal aku mengetahui bahawa pembaziran itu salah satu sifat Syaitan yang direjam oleh tuhan.
Seharusnya rezeki yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya seperti menyumbang ( Menderma ) kepada mereka yang lebih memerlukan. Sebenarnya dengan diberi rezeki yang lebih itu ialah ujian tuhan kepada hambanya sama ada hambanya tahu bersyurkur atas kurnianya dan tahu bagaiman untuk menggunakan rezeki itu sebaiknya.
Sedarlah bahawa hidup didunia ini hanyalah satu ujian tuhan dan membezakan diantara umatnya yang tahu bersyukur atau tidak. Ambillah iktibar bahawa rezeki yang diberi digunakan untuk memenuhi keperluan diri dan mrmbantu saudara seagama yang dalam kesusahan.
No comments:
Post a Comment