Thursday, 30 May 2013

MENCARI PIMPINAN YANG BAIK AKHLAKNYA


Dalam mencari agama tuhan ini, Aku mahukan pemimpin yang baik akhlaknya untuk memimpin aku mencari tuhan. Kadang kala ada segelintir guru yang mengajar pelajarnya membuta sahaja dan lari apabila ditanya berkaitan tentang yang diajarnya. Namun, berlainan dengan seorang guru yang aku kenali dia sanggup berkorban demi anak muridnya bahkan dia menganggap anak muridnya sendiri ini macam anak kandungnya sendiri. Dia tidak boleh melihat anak muridnya didalam kesusahan dan sanggup membantu semampunya bagi melihat anak muridnya itu keluar daripada belenggu permasalahan.

Walaupun ia suadah pergi tetapi ilmu yang disampaikannya masih lagi digunakan sepenuhnya maka tidak hairanlah dia boleh dikatakan  dapat memimpin walaupun sudah tiada kerana dengan ilmu yang ditinggalkanya masih lagi boleh digunakan oleh jemaahnya untuk meneruskan misi dakwah mereka. 

Sayang sekali kerana aku tidak dapat bertemu wahai guru ku, Alangkah indahnya jika aku dapat menggundur masa untuk melihat serta menatap wajah mu guru. Hanya tuhan sahaja tahu akan kerinduan ku kepada Mu...... 

Wednesday, 29 May 2013

Belia orang penting dalam jemaah islam

Belia merupakaj aset paling penting bagi umat islam sekarang, kerana jika belia pada hari ini telah lalai akan agama tuhan bagaimana dengan agama kita itu kelak, Belia seharusnya diberikan perhatian sepenuhnya agar para belia ini tidak akan lalai diarus kemodenan zaman sekarang ini. Ingatlah saudara apabila para belia kita dikaitkan dengan masalah sosial agam kita pasti akan dipdang serong oleh agama lain.

kita harus sedarbmulai sekarang dan kita kena mula menyedarkan belia yang sekarang telah lalai untuk kembali kepada tuhan. mengapa kita hendak membiarkan mereka lalai terus dengan kealpaan dunia, dengan membiarkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini mengadakan program yang hanya boleh menyesatkan akidah belia islam.

Kembalilah ke jalan yang lurus yang diredhai tuhan. mulah lah mencari tuhan serta beramalah kepadanya,.

Aku mahu dipimpin...

Kita di hidupkan didunia ini oleh tuhan bukan saja-saja tetapi dengan niat yang lain. Tuhanmahu kita mengenalinya, siapa ia dan apa kuasanya. Walau bagaimana pun kita seharusnya belajar dari awal lagiuntuk mengenal tuhan, tetapi dalam kita mengenal tuhan jangan belajar sendiri kerana tatkala kita belajar pasti musuh utama kita akan mula menyesatkan kita dengan akal tanpa iman. Sebab itu kita kena belajar dengan bimbingan seorang guru. pada mulanya aku tercari-cari guru yang betul-betul dapat membimbing aku untuk mengenal tuhan. Atas takdir tuhan aku ditemukan dengan seorang guru yang sepatutnya aku cari selama ini. Walaupun pertemuan kami jauh pelik dan berbeza namun ia dapat mengajar aku siapa itu tuhan dan kenapa kita manusia diwujudkan di dunia ini.

Owh guru, kau banyak mengajar aku walaupun kita tidak pernah bertemu.
owh guru, akhlak mu sungguh mulia sehingga dipuji oleh orang ramai walaupun kita belum bertemu.
owh guru, akan ku ikuti setiap ajaran mu walaupun masyarakat lain memandang kau hina namun bagi ku engkaulah insan pilihan tuhan yang diutuskan.,,